minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

WACANA MINDA UNTUK MELAYU DAN LAIN KAUM

Jawapan untuk e-mail rakan kita mAfIa_MeLaYu….?????

Assalamualaikum,

Salam perkenalan dan terima kasih kerana komen anda yang bernas.

Kita wajip melihat fakta kes Suqiu dan Melayu ini dalam skop yang lebih luas serta minda yang tanpa hadnya.

  1. Rayuan Piliharaya Suqiu (ia bukan satu tuntutan) ini telah diendos dan diterima oleh UMNO@BN sebelum pilihanraya umum ke 10 tanpa bantahan atau komen dari pihak UMNO@BN sendiri … kerana ia dilihat sebagai satu peluang untuk meraih kepentingan politik. 
  2. Yang menjadi persoalan besar….telah hampir 1 tahun ia diterima oleh UMNO@BN …. Kenapa tiba-tiba ia diperbesarkan serta digembar-gemburkan oleh UMNO@BN … kerana DAVID CHIA orang kuat BN sendiri…..kalau isu rayuan ini dibiarkan ia akan berlalu seperti air yang mengalir ditelan arus … dan menjadi hak kita nak menerima atau menolaknya…kerana ia bukan satu tuntutan yang wajip kita akur dan terima pakai. 
  3. 7 rayuan yang digugurkan … kalau diamati dan ambil nasihat pakar … ia sekadar rayuan untuk keadilan dan kesaksamaan sehaja…tanpa menyentuh hak ketuanan Melayu serta bumiputra dan ia tidak merayu kepada pindaan perlembagaan untuk memberi hak kesaksamaan kepada kaum CINA. 
  4. Atas alasan Ekonomi pada pandangan anda…kita harus melihat kenapa kaum CINA mampu memonopoli sistem ekonomi negara, sedangkan orang Melayu nama Mahathir@Mahafiraun (walaupun asal-usulnya mamak) atau Islam yang menjadi pemimpin serta peneraju negara…dan kenapa kaum CINA mampu mengatasi kita orang Melayu … kita harus melihat dari sudut positif…..kenapa dan apa lemahnya kaum Melayu tidak mampu menjadi tokoh ekonomi negara….dan berapa ramai pakar ekonomi dari kalangan orang Melayu…??? Apakah pemimpin negara tidak mampu memberi peluang kepada orang Melayu untuk berjaya … kita lihat contoh Allahyarham Tan Sri Yahya…!!!! Kenapa seorang anak Melayu yang mampu membeli syarikat Britain dengan wang sendiri tanpa bantuan kerajaan … tiba-tiba hilang dari muka bumi ini…??? Kita lihat pula Tan Sri Tajuddin Ramli … kenapa gagal dengan MAS walaupun ia dapat proxy kerajaan…?? 
  5. Kenapa kaum CINA lebih berdaya saing dalam isu Ekonomi ini … adakah mereka ia memang dilahirkan sebagai pakar ekonomi…..??? atau memang pesaka mak-bapak dia orang lalu jadi kaya-raya….??? Kita wajip melihat sistem pendidikan serta keadaan masyarakat Melayu di Malaysia….. 
    1. Kenapa orang Melayu takut dengan mata pelajaran Ilmu Hisab dan Ekonomi …. Dan kenapa anak Melayu terlalu ramai menolak memasuki kelas Perdagangan serta Ekonomi….??? Ini serangan minda sejak berzaman lagi…dan ia memang ditanam oleh penjajah sindrom takutkan Ilmu Hisab dan Sains ini … dan senario ini masih terus dikekalkan oleh UMNO@BN untuk menjadikan ia berkuasa.Kenapa tiada galakan dan paksaan kepada pelajar Melayu untuk mengambil bidang ekonomi atau perdagangan ini … kenapa kelas sastera dan sains (itupun sikit) sehaja menjadi pilihan pelajar Melayu …dimanakan peranan guru kaunseling atau pakar motivasi Melayu kita disini untuk membantu memberi panduan memilih bidang yang sesuai…????. 
    2. Kenapa pelajar Melayu terus-menerus diasak dan ditekan minda mereka mengenai Ilmu Hisab dan Sains serta Ekonomi supaya menjadi gerun dan dungu …. Telah menjadi budaya jika belajar setinggi manapun orang Melayu akan berkerja dengan orang lain …. Tetapi bagi kaum CINA mereka belajar tinggi bukan untuk berkerja dengan orang lain tapi mahu berniaga dan membina empayar sendiri … kita lihat diseluruh dunia akan wujud CINA TOWN dimana golongan ini telah bersatu hati….tapi orang Melayu masih lagi dengan sikap busuk hati serta cemburu dengan kejayaan orang lain … contohnya kejayaan Allahyarham Tan Sri Yahya amat dicemburui oleh segelintir peniaga Melayu yang bodoh…!!! 
    3. Kita lihat Tan Sri Ahmad Tajuddin (bekas CEO TNB) seorang pemegang kelas pertama ijazah kedoktoran dalam bidang nuklear … satu-satunya anak Melayu serta rakyat Malaysia yang memiliki ijazah sebegitu dan best student pulak kat Universiti … tapi kemanakah dia sekarang … setelah dipecat dari TNB (atas alasan tamat tempoh) … kita lihat beliau ketika dalam SIRIM … maka ISO kita diiktiraf oleh dunia serta TNB mampu berdaya saing sebagai syarikat swasta….tapi perbuatan menolak seorang tokoh ilmuan ini … telah menjadi contoh kepada orang Melayu dimana orang Melayu sendiri bersikap talam dua muka untuk menjatuhkan orang lain dan ia meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa orang Melayu itu sendiri. 
  6. Sikap orang Melayu itu sendiri telah menjerumuskan minda dan jiwanya kelembah kehinaan…kerana dasar pemerintahan negara…pertamanya dasar subsidi yang berlebihan…perbuatan ini menjadikan orang Melayu sebagai satu golongan yang sentiasa meminta-minta sejak dari anak-anak lagi … dan apabila dewasa …sikap ini telah sebati dalam jiwa mereka … maka berlakulah sistem proxy serta kronisme dalam segala hal…dan orang Melayu jenis ia tidak faham erti kesusahan serta kepayahan dalam dunia perniagaan ataupun ekonomi…kerana mereka bukan belajar dari peringkat bawahan lagi…tiba-tiba menjadi mewah dan senang akibat proxy atau subsidi kerajaan atau ahli politik….!!!!.
  7. Dasar pemerintahan yang mengekang minda orang Melayu sejak dari dilahirkan…orang Melayu ditanamkan semangat patriotik tanpa anjakan paradigma yang jitu…yakni akur kepada ketua atau pemerintah negara tanpa perlu mempersoalkan adakah tindakan itu betul atau salah … begitu juga memberikan kepercayaan 100% kepada ahli politik membentuk negara kearah yang stabil tanpa mempedulikan segala yang dilakukan seimbang dengan perkembangan minda rakyat serta kemajuan rakyat. Dan rakyat dihidangkan dengan mercu tanda yang besar-besar untuk melambangkan negara telah maju…tapi nun jauh disudut desa….kita masih lagi melihat manusia daif serta miskin merempat ditanah air sendiri….???? Apakah kepercayaan orang Melayu 100% kepada ahli politik releven disini….????. 
  8. Wacana minda dan perdebatan politik hanya sekadar membawa keuntugan kepada individu serta pertubuhan politik itu sehaja….tapi tanpa memikirkan kepentingan rakyat marhaen….terutamanya orang Melayu Islam….!!!! Apakah kita selama ini kita boleh berbangga dengan kejayaan sistem dan dasar negara Malaysia terhadap rakyat marhaen … atau kita dibuai mimpi indah dengan bangunan pencakar langit serta nama TOP 10 dalam dunia…tapi rakyat marhaen merempat serta menjadi hamba-abdi kepada pemerintah….???.
  9. Apakah kerana kita orang Melayu kita layak menerima segala keistimewaan serta hak 100% terhadap Malaysia….apakah nasib lain-lain kaum yang dilahirkan di Malaysia…bukankah mereka anak Malaysia …walaupun asal keturunan mereka dari CINA / INDIA / INDONESIA / BARAT dan TIMUR….???? Apakah kita orang Melayu sendiri berasal 100% dari tanah Melayu ini…sehinggakan kita sanggup bermandi darah serta mendabik dada kepada lain-lain kaum bahawa Malaysia ini asal-usulnya orang Melayu …bagaimana pula Melayu di Nusantara dan dunia diatas angin sana…mereka juga layak memohon keistimewaa dari kita…kerena mereka juga orang Melayu yang kita dakwa berasal dari tanah Melayu…..???? Apakah kita sebagai orang Melayu hanya tahu ingin memonopoli segala-galanya tanpa bersaing dan bersusah-payah mengikut arus semasa….inilah budaya subsidi dan proxy yang telah memusnahkan semangat daya juang serta budaya berbudi-bahasa orang Melayu kepada rakyat dan bangsa Malaysia … kerana kepentingan satu kaum kita sanggup bermusuhan demi sesuap nasi….!!!! Alangkah malunya orang Melayu disini…kalau dahulunya MELAYU ITU ISLAM…ISLAM ITU MELAYU….apakah Al-Quran dan As-Sunnah tidak mampu mendisiplinkan serta merencana wawasan minda orang Melayu sebagai mana Rasulullah s.a.w berjaya sebagai seorang ahli ekonomi dan pemerintah yang baik…apakah sejarah Nabi ini tidak menjadi contoh kepada UMAT MELAYU ISLAM … dan apakah hubungan sesama lain kaum Rasulullah s.a.w begitu jelek dan kotor sehinggakan sanggup membunuh lain kaum asal kaum dari bangsa Arab sehaja berkuasa di Mekah dan Madinah….??? Fakta sejarah nabi ini perlu dilihat dari skop yang lebih luas serta positif mengikut kehendak Al-Quran dan As-Sunnah. 
  10. Sebagai orang Melayu yang dilahirkan dalam Islam…rasanya kita tidak akan gagal serta musnah dilautan kehidupan ini …. Kerana mustahil orang Islam tidak memberikan pendidikan Islam kepada anak-anaknya dan jika kita mengikut panduan Al-Quran dan As-Sunnah ia sudah cukup mantap untuk membawa kita kearah masyarakat madani yang berwawasan. Melainkan kita menolak Islam serta hukum-hakamnya…dan kita juga tidak menjadikan Islam itu satu cara hidup….begitu juga pada lain kaum yang tidak beragama Islam … jika mereka menolak ajaran agama mereka yang menyuruh membuat kebaikan … mereka juga akan menjadi manusia yang gagal serta lemah minda serta perasaan.
  11. Apakah kita berbangga menjadi orang Melayu Islam yang tidak mengamalkan Islam itu sebagai satu cara hidup … atau kita hanya sekadar atas kertas atau panggilan sehaja sebagai keturunan Melayu … tapi cara hidup dan budaya kita tidak lagi mencerminkan budaya Melayu Islam yang berbudi-bahasa yang bersopan santun dengan budaya bermasyarakat madani demi perpaduan ummah….kita kini telah mengamalkan budaya barat dan sekularisme dalam kehidupan serta menjadikan sejarah dan ketokohan ahli falsafah barat atau timur yang mementingkan keduniaan serta kemewahan hidup sehaja … tanpa memikirkan masa akan datang serta tempat terakhir dimana kita akan dihisap segala amalan dan perbuatan kita. 
  12. Apakah kita sebagai rakyat dan bangsa Malaysia telah bersatu dalam satu kata dalam apa-jua bidang…atau kita sentiasa berpura-pura serta saling cemburu mencemburui antara satu sama lain demi sesuap nasi…??? Dan kita sendiri tidak ikhlas terhadap diri sendiri dan orang lain…???? apakah kita telah berjaya menjadikan Malaysia sebagai satu negara untuk seluruh warga negaranya…atau kita selama ini memang berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara untuk satu golongan kaum sehaja….??? Dan kenapa ISLAM ITU TIDAK MENSYARATKAN ISLAM ITU UNTUK KAUM ARAB SEHAJA …. Dan kenapa ISLAM ITU UNTUK SEMUA KAUM DIMUKA BUMI INI….begitulah cara dan adat kehidupan ini … kita tidak mampu dan tidak boleh memberikan hak dan kuasa kepada satu kaum sehaja dalam apa-jua urusan dan bidang didunia ini … kita wajip berpijak diatas muka bumi yang nyata ini….!!!! 
  13. Dasar dan sistem pemerintahn UMNO@BN serta juak-juaknya juga telah menjadikan rakyat Malaysia  berpuak-puak mengikut perkauman…dan dasar inilah punca utama kemusnahan sesebuah negara…kita lihat sejarah Balkan…Palastin….dan lain-lain negara….dasar yang serupa inilah yang diamalkan untuk meraih kuasa politik serta kewangan…dan apabila berlaku sesuatu perbalahan serta percaturan politik…jiran atau saudara yang baik dan karib sekalipun sanggup berbunuhan kerana sesuap nasi….??? Inilah akibatnya terlalu taksup untuk berkuasa dan meraih keuntungan peribadi sehaja.
  14. Ayuh kita lihat perubahan senario politik serta minda rakyat dan bangsa Malaysia terkini….sedarkah kita satu anjakan paradigma yang penuh emosi berlaku disini …. Taktik pecah dan perintah telah mula dibenci serta ditinggalkan oleh rakyat dan bangsa Malaysia…??? Perhubungan kaum menjadi makin jitu atas dasar menjadikan Malaysia kearah yang lebih Adil….!!! Dan Islam telah dijadikan paksi utama panduan rakyat marhaen …sehinggakan penganut lain agama sanggup berkompromi bersama pemimpin Islam dalam melaksanakan REFORMASI TOTAL kearah Malaysia yang Adil …. Apakah kita tidak sedar akan perubahan ini … dan senario politik alaf baru telah diperkenal serta diwacana oleh para ahli politik BARISAN ALTERNATIF … dimana budaya dan sistem politik yang diasaskan oleh UMNO@BN serta juak-juaknya tidak lagi dijadikan panduan serta ikutan oleh BARISAN ALTERNATIF… perubaham 100% corak politik di Malaysia telah menjadikan UMNO@BN serta juak-juaknya gundah-gulana serta tak keharuan sepanjang masa….!!! Kerana mereka telah lena dengan budaya kuno yang sanggup menikam dari belakang demi sesuap nasi yang basi….????. 
  15. Kita lihat lebih dari 65% ahli BARISAN ALTERNATIF menjadi lebih bersikap berdaya saing serta berjuang mempertahan prinsip serta merencana kehidupan tanpa perlu bergantung kepada subsidi dan proxy kerajaan UMNO@BN … dan mereka ini ditekan serta dinafikan hak oleh UMNO@BN …. Namun lagi ditekan lagi kuat minda dan jiwa mereka untuk bersaing untuk membuktikan rakyat marhaen mampu merencana sesebuah negara itu atas dasar perpaduan kaum yang berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah dengan penuh rasa tanggung-jawap tanpa perlu menerima ihsan serta bantuan orang lain. 
  16. Sikap dan perubahan ahli BARISAN ALTERNATIF inilah telah menjadikan UMNO@BN serta juak-juaknya terpinggir serta dilupakan terus oleh rakyat marhaen….kerana kini rakyat marhaen telah sedar…selama ini UMNO@BN dan juak-juaknya telah mengula-gulakan serta menipu dengan tipu-helah yang amat licik sekali…sehinggakan PAS da S46 telah terjebak dengan pakatan BARISAN NAJIS ini…..kalau dulu atas nama Perikatan tapi kini atas nama Barisan Nasional yang sentiasa diselubungi manusia yang hipokrit serta talam dua muka didalamnya. 
  17. Terima kasih kita kepada pemimpin UMNO (lama) wajip kita kotakan … tanpa mereka siapalah kita hari ini ….tapi kerana segelintir barua dan pencacai UMNO@BN (Barua) ini….seluruh kebaikan dan jasa pemimpin UMNO (lama) telah menjadi satu lipatan sejarah yang pilu serta shahdu akibat perbuatan tangan-tangan zalim dan tamak pemimpin UMNO@BN (Barua)….???? Fakta ini wajip kita lihat dari skop yang luas tanpa hadnya…dan jangan kerana sesuap nasi basi kita boleh mengadaikan maruah serta agama anutan kita, lebih-lebih lagi pada orang Islam….???? Kerana selama ini UMNO (lama) telah memainkan peranan yang agak baik bersama lain kaum di Malaysia untuk memerdekakan negara kita dari penjajah …. Tapi penjajah telah bersikap bijak disini dengan meninggalkan budaya dan sikap penjajah masih kuat dalam jiwa pemimpin UMNO@BN (Barua) … dan budaya serta sikap inilah yang menjadi asas serta ikutan seluruh ahli UMNO@BN (Barua) … dan dasar keikhlasan serta agama diletakan pada tempat yang salah untuk dijadikan panduan mereka….hasilnya lihatlah hari ini apa yang tak ade di Malaysia ini segala jenis kejahatan dan kemungkaran …. Semuanya lengkap dan selengkap-lengkapnya akibat perbuatan budaya dan jiwa penjajah yang ada dalam sanubari ahli UMNO@BN (Barua). Akhirnya rakyat marhaen yang tidak bersalah menerima bencana dari akibat perbuatan ahli UMNO@BN (Barua) dan juak-juaknya.

Apakah perubahan dan senario semasa tidak mampu untuk mendewasakan kita sebagai rakyat dan bangsa Malaysia yang bersatu dibawah panji-panji Islam yang menjadikan Islam itu satu cara hidup yang syumul … atau kita sendiri memang tidak mahu berpijak diatas muka bumi yang nyata ini…!!!! Kerana kita masih mahu menikmati keenakan sesuap nasi basi yang dihidangkan oleh UMNO@BN (Barua) dengan mengorbankan jiwa serta hak rakyat dan bangsa  Malaysia itu sendiri.

" RAKYAT YANG DIJAJAH UMNO@BN " 10hb.Jan.2001

From: "mAfIa_MeLaYu@yahoo.com
mAfIa_MeLaYu@yahoo.com
To: pkn11@hotmail.com
Subject: RE: [islah-net] UMNO NAZAK - MAHATHIR GILA TALAK 
Date: Tue, 9 Jan 2001 22:03:34 +0800 (Taipei Standard Time)

is 2000,

saya rasa issue suqiu sepatutnya kita orang melayu , kena sedar saye rase ini bukan issue politik BN@UMNO sebab saye adalah angota barisan alternatif. Kita kena sedar, Ekonomi sekarang telah dikuasai oleh org cina apa yang ade pada kita ..... jadi bersama 2 lah kita bersatu hati dan lupakan perbezaan politik demi utk bangsa dan agama kita , saye berharap anda memahami dan sedar yang org melayu kite semakin mundur dari segi ekonomi....kita tidak mahu hak kita dipertikaikan....

harap maklum....

Nota webmaster:
Saya hanya sekadar ingin berkongsi fikiran. Secara kesimpulannya, kita diajar memusuhi kaum lain dengan pelbagai alasan (seperti mana yang saudara katakan iaitu ekonomi telah dikuasai oleh kaum Cina). Tetapi hakikatnya, siapakah yang memberikan kesempatan kepada kaum Cina berbuat demikian? Tanyalah kepada sesiapa sahaja, siapakah yang mengkayakan Vincent Tan, Tan Pheik King, Ananda Krishan dll? Siapa? Kalau bukan Melayu yang bernama Mahathir Mohamad!!! Kita diajar memusuhi kaum Cina, tetapi mereka? Berbaik-baik, jual segala harta negara kayu balak, tanah lombong, gas petroleum kepada siapa? Mahathirlah sebenarnya pengkhianat bangsa!! Sedarlah wahai bangsaku... Mafia Melayu!!!

  

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter